
[BELANJAWAN SELANGOR 2026]
Selangor sahut Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan nilai HEMAT Kerajaan Persekutuan, peruntuk RM2 juta bagi melancarkan Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU).
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) ke beberapa PBT mulai 2026 bagi menggantikan kaedah manual.
Indeks Pengukuran RSTU akan dibangunkan sebagai instrumen penilaian bersepadu yang mengukur empat komponen: Kualiti Penyampaian, Integriti, Kepercayaan dan Kualiti Tadbir Urus.