
[BELANJAWAN SELANGOR 2026]
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda perumahan mampu milik melalui pembelian 300 unit baharu bernilai RM103.2 juta bagi Skim Smart Sewa.
Menurut beliau, skim ini membantu rakyat yang belum memiliki rumah atau menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman dengan menawarkan kadar sewaan berpatutan, selain pulangan semula 30% daripada jumlah sewaan selepas tempoh dua hingga lima tahun.