
[BELANJAWAN SELANGOR 2026]
Dato’ Seri Amirudin Shari umum inisiatif Baucar ‘Jom Shopping’ Perayaan diteruskan dengan jumlah peruntukan RM18.48 juta, dengan tambahan dana RM2 juta berbanding 2025.
Bantuan baucar barangan asas RM200 ini dijalankan sempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi membantu keluarga berpendapatan di bawah RM3,000.
Pada 2025, kerajaan negeri telah memberi manfaat kepada 60,150 penerima dan dijangka memberi manfaat kepada 92,400 penerima tahun ini.