AS Mula Ambil Langkah Kawal Selat Hormuz

Dunia
March 30, 2026

Fara Alisa

ISTANBUL, 30 Mac – Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat telah mula mengambil langkah untuk mengawal Selat Hormuz di tengah konflik berterusan dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Trump turut menekankan penyelarasan rapat dengan Benjamin Netanyahu mengenai Iran serta menyatakan negara itu berkemungkinan mahu mencapai satu perjanjian.

“Saya fikir mereka sangat mahu melakukannya. Sesiapa pun mahu perjanjian jika anda sedang mengalami kemusnahan teruk, bukan?” katanya.

Sejak 28 Februari, serangan udara Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran dilaporkan mengorbankan lebih 1,340 orang.

Iran kemudian membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS sehingga menyebabkan kemalangan jiwa, kerosakan infrastruktur dan gangguan kepada pasaran global serta penerbangan.

Sumber: Anadolu Ajansi

#BeritaKS

@BeritaKS