
WASHINGTON, 3 Ogos – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan rundingan baharu dengan Iran bermula hari ini selepas membatalkan rancangan melancarkan serangan ketenteraan bagi memberi peluang kepada penyelesaian melalui saluran diplomatik.
Trump berkata Iran bersetuju kembali ke meja rundingan selepas menyedari risiko konflik yang lebih besar sekiranya tindakan ketenteraan diteruskan oleh Washington.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan tempoh untuk mencapai persetujuan selain memaklumkan butiran lokasi serta wakil yang menyertai rundingan akan diumumkan kemudian.
Trump turut mendedahkan beberapa negara Timur Tengah menggesa Amerika Syarikat menangguhkan serangan bagi memberi ruang kepada usaha diplomatik meredakan ketegangan yang menjejaskan kestabilan serantau.
Rundingan dijangka memberi tumpuan kepada program nuklear Iran dan pembukaan semula Selat Hormuz, sementara Trump menegaskan pilihan ketenteraan masih kekal jika perbincangan gagal mencapai penyelesaian.
Kredit foto: EPA Images