Aminuddin Minta Rakyat N9 Sedia Hadapi PRN

Semasa
May 7, 2026

Fara Alisa

SEREMBAN, 7 Mei – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun meminta rakyat negeri itu bersiap sedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan kemelut politik dalaman ketika ini.

Beliau berkata pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan perkembangan semasa perlu dijadikan pengajaran supaya rakyat kekal tenang, sabar serta tidak panik.

“Dalam masa sama, saya nak rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi pilihan raya. Mereka tak puas hati lagi, hari ini pernyataan demi pernyataan mereka buat seolah-olah kita terpaksa menerima. Kita juga manusia, saya juga manusia, saya rasa tercalar.. saya juga rasa hiba,” katanya.

Aminuddin turut meminta jentera Pakatan Harapan (PH) negeri menyusun strategi dan memperkukuh gerak kerja parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan politik selepas ini.

Beliau pada masa sama menzahirkan kekecewaan apabila kemelut politik dicetuskan ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi global yang disifatkan tidak menguntungkan rakyat.

Kredit foto: FB Dato’ Seri Aminuddin Harun

#BeritaKS

@BeritaKS