Albert Tei Ditahan, SPRM Serbu Rumah

Jenayah, Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan serbuan di rumah ahli perniagaan, Albert Tei, sebelum ditahan awal pagi ini.

Peguam Tei, Zaid Malek mendakwa ketika tiba di lokasi, beliau tidak dibenarkan memasuki rumah atau berjumpa dengan anak guamnya oleh individu yang didakwa sebagai pegawai SPRM dan polis.

“Saya minta mereka memperkenalkan diri namun tiada seorang pun berbuat demikian. Kegagalan mengenalkan identiti adalah tindakan tidak sah.

“Mereka hanya bercakap selepas saya mengambil gambar insiden itu, malah turut meminta secara tidak sah untuk melihat telefon serta gambar yang saya rakam,” katanya.

Tambahnya, Tei kemudian dibawa keluar dalam keadaan bergari serta dikelilingi individu berpenutup muka balaclava dan bersenjata, seolah-olah menahan seorang pengganas.

“Amat mengejutkan apabila seorang informan rasuah ditahan, tetapi tiada tindakan terhadap individu yang dilaporkan iaitu bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

#BeritaKS

@BeritaKS