Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

Semasa
July 12, 2026

Fara Alisa

JOHOR BAHRU, 12 Jul – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri oleh Pengerusi BN Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

“BN telah meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan semalam, dengan merangkul 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan,” menurut hantaran itu.

Daripada 48 kerusi DUN yang dimenangi BN, 36 kerusi telah dimenangi calon-calon UMNO, lapan kerusi oleh MCA dan empat kerusi oleh MIC.

Kredit foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

#BeritaKS

@BeritaKS