Najib Gagal Tangguh Hukuman Penjara, Denda 1MDB

Semasa
October 14, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda lebih RM11.38 bilion berhubung kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin, selepas menolak permohonan berkenaan pada prosiding hari ini.

Permohonan itu difailkan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Pada 26 Disember 2025, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda berjumlah RM11,387,888,067.05 terhadap Najib atas kesemua 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, beliau berdepan hukuman penjara tambahan selama 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Penolakan permohonan penangguhan itu bermakna Najib gagal mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Kredit: Utusan Online

#BeritaKS

@BeritaKS