BERSATU Lawan PN, Masih Mahu Bersama? – Takiyuddin

Politik
August 10, 2026

Fara Alisa

KOTA BHARU, 10 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menjelaskan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung keanggotaan BERSATU dalam gabungan itu yang didakwa tergugur perlu dilihat dari perspektif moral politik.

Setiausaha Agung PN, Dato‘ Seri Takiyuddin Hassan berkata isu berkenaan mempunyai dua aspek untuk dipertimbangkan, iaitu dari sudut moral politik dan aspek undang-undang.

“Moralnya apabila BERSATU bertanding lawan PN, apakah mereka masih mahu duduk bersama PN? Jika dilihat sudut moral politik seolah-olah mereka sudah tidak mahu.

“Namun secara tiba-tiba pimpinan parti mereka membuat keputusan untuk menggunakan logo sendiri kerana mungkin berpandangan akan mendapat sokongan dan membentuk kerajaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa keahlian BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) terlucut secara automatik selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan gabungan politik baharu.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Dato‘ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam menegaskan BERSATU masih kekal sebagai anggota gabungan itu.

Menurut Ahmad Samsuri, kedudukan BERSATU tidak berubah walaupun terdapat laporan bahawa beberapa pemimpin parti berkenaan mempertikaikan kesahan kepimpinan Jawatankuasa PN kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Kredit Foto: NSTP

#BeritaKS

@BeritaKS