
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini menjalani pemeriksaan serta prosedur perubatan yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari mengikut nasihat serta penilaian pakar perubatan.
Menurut kenyataan, beliau berkata pemantauan berkenaan dilakukan bagi memastikan pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan baik.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudah serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan.