DUN Johor Bubar

Semasa
June 1, 2026

Fara Alisa

JOHOR BAHRU, 1 Jun – Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

Keputusan pembubaran DUN itu berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Makhota Ismail.

“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat bangsa Johor terus memiliki kerajaan yang stabil dan kukuh,” katanya.

Proses seterusnya akan tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

Pada PRN Johor ke-15 yang diadakan pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) telah membentuk kerajaan negeri dengan majoriti selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

#BeritaKS

@BeritaKS