Polis Buka Siasatan Terhadap Tony Pua, 59 Laporan Diterima

Semasa
May 21, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Polis akan memanggil bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua bagi dirakam keterangan susulan hantaran di media sosial yang didakwa menyentuh isu institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.

Ketua Polis Selangor, Dato’ Shazeli Kahar berkata, siasatan kes berkenaan kini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Setakat pagi tadi, saya dimaklumkan sebanyak 59 laporan polis diterima dan kesemua siasatan dijalankan oleh IPK Selangor.

“Laporan itu dibuat di pelbagai balai polis seluruh negara, bukan hanya di Selangor,” katanya.

Siasatan itu susulan hantaran Tony di Facebook selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir ke Dataran Selangor sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membaca Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi diraja.

#BeritaKS

@BeritaKS