Senarai Calon Ketua SPRM Dipersembah Kepada Agong – PM

Semasa
April 24, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan senarai nama calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

Perkembangan itu menandakan proses pelantikan kini berada di peringkat akhir untuk diputuskan oleh Seri Paduka Baginda.

“Nanti saya akan umumkan kemudian (nama Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu).

“Saya sudah mengadakan perbincangan bersama Tuanku (Sultan Ibrahim) tadi,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Baginda sendiri akan memilih calon terbaik untuk menerajui SPRM, sekali gus menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini, Tan Sri Azam Baki dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

#BeritaKS

@BeritaKS