
MELAKA, 18 Apr – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan parti itu menerima semula Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Sri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kembali menyertai parti.
“YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama 6,252 bekas pimpinan dan ahli di pelbagai peringkat diterima kembali ke Rumah Bangsa oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini,” katanya ringkas.
Keputusan itu telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.
Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada sokongan terhadap gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang dicetuskan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang pernah digantung, dipecat, atau keluar parti sebelum ini.
Kredit foto: MalaysiaGazette