UMNO Terima Kembali KJ

Politik
April 18, 2026

Fara Alisa

MELAKA, 17 Apr – UMNO secara sah memutuskan untuk menerima semula bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin selepas beliau sebelum ini mengemukakan rayuan untuk kembali menyertai parti itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung tadi.

Antara nama lain, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Syed Hamid Albar dan 6,252 bekas pimpinan dan ahli di pelbagai peringkat turut diterima kembali melalui inisiatif Rumah Bangsa.

#BeritaKS

@BeritaKS