Tiada Halangan Pertimbang Potong Gaji Menteri – PM

Semasa
April 17, 2026

Fara Alisa

CYBERJAYA, 17 Apr – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih mencabar.

Menurut beliau, gaji menteri Kabinet adalah hak individu selagi mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik, namun tidak menjadi isu untuk dikaji semula jika keadaan ekonomi meruncing.

“Gaji kita secara relatif memang rendah… gaji-gaji menteri. Yang penting, dia kerja dengan baik.

“Macam saya, saya tidak ada masalah, saya tidak ambil gaji… tetapi gaji itu hak mereka selagi mereka kerja dengan baik.

“Bagaimanapun, tidak ada halangan jika keadaan ekonomi lebih runcing, ia akan difikirkan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Cyberjaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pemotongan gaji menteri seperti yang sedang dipertimbangkan di Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha kecekapan belanjawan.

Kredit: Berita Harian

#BeritaKS

@BeritaKS