Pemandu Bas & Kekasih Atas Riba Dipenjara

Jenayah
April 17, 2026

Fara Alisa

JASIN, 17 Apr – Seorang pemandu bas ekspres bersama kekasihnya dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan minggu lalu.

Tertuduh, Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap pemandu bas tersebut, manakala kekasihnya dipenjara enam bulan, selain kedua-duanya dikenakan denda RM5,000.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didapati memandu sebuah bas ekspres dengan cara berbahaya kepada orang awam di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan, Jasin.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Nur Adila Najwa turut berdepan satu lagi pertuduhan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang wanita sehingga mengganggu ketenteraman awam pada hari kejadian.

Kredit foto: Utusan Malaysia

#BeritaKS

@BeritaKS