Saya Terbuka Sertai PAS Jika Hamzah Diterima – Wan Saiful

Politik
April 17, 2026

Fara Alisa

SHAH ALAM, 17 Apr – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyatakan keterbukaan beliau terhadap semua kemungkinan termasuk menyertai PAS sekiranya ia diputuskan bersama kumpulan penyokong bekas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik akan dibuat secara kolektif selepas perbincangan bersama pihak terlibat.

Beliau menyifatkan Hamzah sebagai seorang yang akan bertindak sebagai ‘team player’, tidak membuat keputusan secara bersendirian serta akan berbincang dengan pihak yang terlibat.

“Saya rasa banyak parti yang menjemput Hamzah (untuk menyertai parti mereka) kerana keikhlasan dan kebolehannya memimpin memang boleh disaksikan oleh semua.

“Maka saya tak terkejut kalau Hamzah diterima oleh PAS. Saya pula terbuka dengan semua pilihan (yang akan dimuktamadkan),” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Wan Saiful berpandangan bahawa keputusan tersebut akan memberi gambaran jelas terhadap hala tuju BERSATU.

“Sikap yang ditunjukkan oleh BERSATU akan menentukan persepsi sama ada BERSATU parti perjuangan atau hanya parti yang nak menjulang pemimpin tertentu,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

#BeritaKS

@BeritaKS