127.3 Hektar Pulau Sebatik Rasmi Milik Indonesia

Semasa
April 16, 2026

Fara Alisa

JAKARTA, 16 Apr – Kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini disahkan sebagai milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.

Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari, berkata penyelesaian itu dicapai melalui pendekatan diplomasi damai antara Malaysia dan Indonesia yang memperjelaskan garis sempadan rasmi di kawasan berkenaan.

“Penegasan sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik telah selesai dilaksanakan. Penyelesaian ini merupakan bukti kejayaan diplomasi damai,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa persetujuan tersebut menyaksikan kawasan seluas 127.3 hektar itu kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada wilayah Indonesia.

Dalam masa sama, pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan Indonesia dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.

Kredit foto: Sinar Harian

#BeritaKS

@BeritaKS