20,000 Pelaut, 2,000 Kapal Terkandas Di Selat Hormuz

Dunia
April 16, 2026

Fara Alisa

TAHERAN, 16 Apr – Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, menurut laporan Agensi Berita Mehr (MNA).

IMO sedang merangka pelan kecemasan bagi mengurus serta memindahkan kru dan kapal yang terjejas di kawasan perairan strategik itu.

Setiausaha Agung International Maritime Organization, Arsenio Dominguez berkata proses pemindahan tidak boleh dilakukan secara serentak kerana memerlukan penyelarasan rapi antara negara terlibat serta mengambil kira risiko keselamatan yang masih tinggi.

Beliau menjelaskan keadaan di Selat Hormuz menjadi lebih mencabar kerana laluan itu hanya kira-kira 30 kilometer lebar, sekali gus menyukarkan pengurusan trafik kapal yang padat.

Menurut beliau, pelan berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan pelaut dan kelancaran operasi maritim antarabangsa.

Kredit foto: The Malaysia Press

#BeritaKS

@BeritaKS