Trump Umum Perang Iran Sudah Tamat

Dunia
April 15, 2026

Fara Alisa

WASHINGTON, 15 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran telah pun berakhir, sekali gus menandakan penamatan konflik yang berlangsung sebelum ini.

Perkembangan itu didedahkan menerusi temu bual bersama Fox News, yang turut dikongsikan oleh wartawan Maria Bartiromo melalui hantaran di media sosial.

“Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden. Beliau banyak bercakap mengenai ekonomi, perang dengan Iran dan NATO. Saya akan petik satu kenyataan beliau,” kata Bartiromo.

“Saya bertanya kepadanya: ‘Anda selalu bercakap mengenai perang ini seolah-olah ia sudah berlalu. Adakah ia sudah berakhir?’ Beliau menjawab: ‘Sudah berakhir,’” tambahnya.

Dalam masa sama, Trump memaklumkan bahawa pusingan kedua rundingan dengan Iran dijangka berlangsung dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi meneruskan proses diplomasi antara kedua-dua pihak.

#BeritaKS

@BeritaKS