Rundingan Gagal, Trump Pertimbang Serang Semula Iran

Dunia
April 13, 2026

Fara Alisa

WASHINGTON, 13 Apr – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan ketenteraan baharu terhadap Iran susulan kegagalan rundingan damai di Islamabad, Pakistan yang tidak mencapai sebarang persetujuan.

Rundingan yang diketuai Naib Presiden, JD Vance itu berakhir buntu selepas Tehran dilaporkan enggan menghentikan program nuklearnya, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Menurut laporan media antarabangsa, Presiden AS, Donald Trump bersama penasihatnya kini menilai kemungkinan melaksanakan serangan ketenteraan terhad selain meneruskan sekatan di Selat Hormuz sebagai tekanan terhadap Iran.

Menurut Fox News, Trump memberi isyarat bahawa loji janakuasa dan kemudahan air Iran boleh menjadi sasaran jika ketegangan terus memuncak.

“Saya keberatan untuk berbuat demikian,” katanya sambil menambah semua pilihan masih terbuka.

Dalam masa sama, cadangan sekatan di Selat Hormuz dilihat sebagai strategi untuk memaksa Iran kembali ke meja rundingan, namun langkah itu membawa risiko kapal tentera laut AS untuk diserang dron dan peluru berpandu tanpa amaran.

Kredit foto: AFP

#BeritaKS

@BeritaKS