Khamenei Cedera Teruk Sejak Serangan Awal AS

Dunia
April 12, 2026

Fara Alisa

TEHRAN, 12 Apr – Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei dilaporkan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan serius pada muka dan kaki susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) pada peringkat awal konflik di Asia Barat.

Pendedahan mengenai keadaan terkini beliau dibuat oleh sumber terdekat selepas timbul spekulasi berhubung keadaannya yang tidak muncul di khalayak umum sejak pelantikannya pada 8 Mac lalu.

“Beliau mengalami kecacatan fizikal yang serius. Tetapi, beliau masih menjalankan tugasnya sebagai Pemimpin Agung dan menyertai mesyuarat bersama pegawai kanan melalui sidang video serta membuat keputusan mengenai isu utama seperti rundingan damai bersama Washington,” jelas sumber berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa di Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan sebenar beliau, manakala tiada sebarang gambar atau video terkini dikongsi kepada umum.

Dalam laporan media tempatan, istilah ‘janbaz’ turut digunakan bagi merujuk kepada keadaannya, yang lazimnya menggambarkan individu yang mengalami kecederaan serius akibat peperangan.

Sumber: The Guardian

#BeritaKS

@BeritaKS