Trump Beri Amaran, Desak Iran Henti Caj Laluan Selat Hormuz

Dunia
April 10, 2026

Fara Alisa

WASHINGTON, 10 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengenakan bayaran terhadap kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan bahawa Tehran didakwa mengenakan caj ke atas kapal yang menggunakan laluan strategik berkenaan.

“Terdapat laporan bahawa Iran mengenakan bayaran kepada kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz.

“Jika benar mereka mengenakan bayaran, lebih baik mereka berhenti sekarang,” katanya menerusi hantaran di platform Truth Social.

Kenyataan dibuat ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak, dengan Selat Hormuz yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia berdepan gangguan susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

#BeritaKS

@BeritaKS