
DUBAI, 9 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan Lubnan tidak termasuk dalam gencatan senjata antara AS dan Iran, walaupun serangan besar-besaran Israel ke atas negara itu dilaporkan mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh atau cedera.
“Disebabkan Hezbollah, mereka tidak termasuk dalam perjanjian itu.
“Ia akan diselesaikan juga. Tidak mengapa,” kata Trump.
Bagaimanapun, Iran menegaskan Lubnan termasuk dalam perjanjian itu dan menuntut konflik di negara tersebut dihentikan sebagai sebahagian daripada gencatan senjata.
“Dunia melihat pembunuhan beramai-ramai di Lubnan.
“Bola kini berada di gelanggang AS dan dunia sedang memerhatikan sama ada ia akan menunaikan komitmennya,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.
Trump dan Rumah Putih juga tidak memberi komen terhadap kenyataan Pakistan bahawa Lubnan termasuk dalam gencatan senjata tersebut.