Anwar Arah PBT Roboh Rumah Ibadat Haram

Semasa
February 9, 2026

Lily Hasreen

PUTRAJAYA, 9 Feb – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil tindakan terhadap rumah ibadat, termasuk kuil, yang didirikan di atas tanah tanpa kelulusan sah.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan perlu dilaksanakan tanpa pengecualian, walaupun menyedari ia berpotensi mencetuskan reaksi pelbagai pihak.

Menurut Anwar, Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan undang-undang, dan setiap pembinaan mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan dan majlis perbandaran (PBT) diberi keizinan untuk ‘membersihkan’ kuil bukan hak. Saya tahu boleh mengundang kontroversi. Negara ini negara hukum,” katanya.

Beliau menambah bahawa pematuhan kepada undang-undang adalah tanggungjawab bersama demi menjaga keharmonian dan ketertiban negara.

#BeritaKS

@BeritaKS