
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Khamis ini di Ibu Pejabat Bersatu.
Ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penglibatannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi surat pemberitahuan Notis Panggilan kali kedua bertarikh 6 Februari, terdapat empat aduan disiplin terhadap Ahli Parlimen Larut itu yang bertarikh 30 September 2025 serta 5 Februari.
Susulan itu, Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti Bersatu menetapkan satu sesi perjumpaan dengan Hamzah bagi memberi keterangan berhubung aduan yang diterima.
Hamzah juga didakwa gagal menghalang beberapa pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan menyerang Muhyiddin serta mencemarkan imej parti terbabit.
Aduan lain termasuk gagal menghalang rundingan dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat parti, termasuk perbincangan berkaitan Majlis Eksekutif PN yang telah ditolak oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
#BeritaKS