Pendakwah Bebas Direman, Salah Guna Dana RM600,000

Jenayah
February 5, 2026

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua individu, termasuk seorang pendakwah bebas terkenal, atas dakwaan salah guna kuasa melibatkan dana kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran bagi tujuan pengumpulan dana sebuah institusi pendidikan dan dakwah.

Perintah reman selama sehari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Noorfazlina Musa selepas permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Menurut sumber, suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan Pengarah Urusan syarikat dan Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu sekitar September 2018.

“Suspek utama seorang lelaki dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya telah bersubahat bersama suspek kedua, seorang wanita dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama.

“Sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

#BeritaKS

@BeritaKS