KPM Pertingkat Tenaga Pengajar RPM 2026-2035

Semasa
February 1, 2026

Fara Alisa

PUTRAJAYA, 31 Jan – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang mengambil seramai 20,000 guru baharu bagi menampung keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pengambilan secara besar-besaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 melalui kaedah Contract of Service (CoS) itu mengambil kira pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela yang dijadual bermula tahun hadapan.

“Bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru sentiasa terpelihara, calon-calon yang terpilih akan diwajibkan mengikuti latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM merangkumi pelbagai bidang pengkhususan yang diperlukan dalam sistem pendidikan negara,” menurut kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan calon berkelayakan tampil memohon dan bersama-sama menyumbang kepakaran sebagai pendidik dalam membina masa depan pendidikan Malaysia.

Kredit foto: FB Fadhlina Sidek

#BeritaKS

@BeritaKS