’5,207 Hektar Tanah Diserah Kepada Indonesia’

Lain-Lain, Semasa
January 29, 2026

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan menjelaskan dakwaan penyerahan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan tiga kampung di Nunukan, berhampiran Sabah.

“Saya dengar perdana menteri sendiri cakap, tidak akan benar satu inci pun tanah Malaysia ini diberikan kepada mana-mana negara lain.

“Melihat kenyataan ini, bukan satu inci, Malaysia (didakwa) bagi 5,207 hektar sebagai pampasan. Sila jelaskan perkara ini,” katanya.

Minggu lalu, media Indonesia melaporkan Malaysia telah menyerahkan ribuan hektar tanah sebagai pertukaran tiga kampung di Pulau Sebatik, sempadan Sabah-Kalimantan.

Setiausaha Agensi Pengurusan Sempadan Kebangsaan Indonesia, Makhruzi Rahman, berkata ini susulan perjanjian penyelesaian wilayah di mana garis sempadan telah dialihkan.

#BeritaKS

@BeritaKS