
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Kaji selidik Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) menunjukkan sebilangan besar daripada rakyat Malaysia menyokong cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Menurut kajian tersebut, 49% daripada 1,604 responden didapati bersetuju dengan pelaksanaan akta berkenaan bagi meningkatkan perancangan dan pembangunan bandar.
Sementara itu, 31% responden menyatakan tidak bersetuju, manakala 20% berada dalam kategori lain-lain, menunjukkan wujudnya perbezaan pandangan dalam kalangan rakyat terhadap cadangan dasar tersebut.
Mengikut etnik, responden kaum Cina dan lain-lain kaum menunjukkan sokongan paling tinggi, masing-masing mencatatkan 61% dan 62% bersetuju.
Sebaliknya, responden India merekodkan kadar tidak bersetuju tertinggi iaitu 37%, diikuti responden Melayu sebanyak 33%.
Kajian ini dijalankan untuk menilai pandangan rakyat terhadap cadangan penggubalan URA dengan data dikumpul daripada sesi temu bual rawak.
#BeritaKS