Akmal Pelawa Saifuddin Kembali Ke UMNO

Lain-Lain, Semasa
January 7, 2026

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mempelawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipecat, Dato’ Seri Saifuddin Abdullah untuk menyertai semula UMNO.

Akmal memaklumkan tawaran menyertai semula UMNO itu turut dibuka kepada semua ahli Bersatu sama ada yang dipecat atau digantung keahlian mereka sebelum ini.

Menurutnya, ia supaya kesatuan orang Melayu dapat dikembalikan semula.

“Bersatulah wahai pemimpin Melayu-Islam, jangan lagi bercakaran. Kita berpecah yang rugi adalah agama dan bangsa kita di tanah air ini, belajarlah dari kesilapan kita sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu membuat keputusan memecat Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

#BeritaKS

@BeritaKS