Presiden Puspahanas Nafi Dakwaan Rasuah Chegubard

Jenayah, Lain-Lain
January 2, 2026

Nor Aziah

PUTRAJAYA, 2 Jan – Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menafikan tuduhan rasuah oleh aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Tegasnya, dakwaan tersebut serius dan berpotensi mencemar institusi pertahanan negara.

Penafian itu dibuat selepas Chegubard
mendakwa nama Sabri terkait dengan isu salah guna kuasa dan rasuah termasuk pendedahan beberapa dokumen dipercayai berkaitan siasatan pihak berkuasa.

Menurut penasihat perundangan beliau, Mohd Firdaus Jumaludin, segala dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar, mengelirukan serta bersifat fitnah yang serius terhadap individu dan institusi strategik negara.

Beliau juga menafikan kesahihan dokumen-dokumen dimiliki oleh Chegubard termasuk yang dikatakan sulit atau berasal daripada agensi penguatkuasaan.

Terdahulu, Chegubard mendakwa Sabri terbabit dalam kesalahan rasuah dan mendedahkan satu dokumen yang didakwa kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

#BeritaKS

@BeritaKS