UMNO Puchong Putus Kerjasama Dengan PH Puchong

Semasa
December 27, 2025

Fara Alisa

PUCHONG, 27 Dis – Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, Mohamad Yusof bin Mohamed Yassin mengesahkan UMNO Puchong telah memutuskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong susulan isu hantaran YB Yeo Bee Yin yang meraikan penolakan permohonan tahanan rumah Dato’ Sri Najib Razak.

“Keputusan ini adalah satu pendirian politik tegas UMNO Bahagian Puchong di peringkat Parlimen Puchong, DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PH Puchong sebagai tanda bantahan kecuali diarahkan oleh kepimpinan UMNO atau BN Pusat,” menurut kenyataan rasmi UMNO Selangor.

Kegagalan Yeo untuk memohon maaf dilihat sebagai simbol keengganan menghormati perbezaan pandangan politik yang seharusnya disertai dengan adab dan empati.

Langkah ini juga menegaskan pendirian UMNO Puchong untuk bergerak secara bebas tanpa terikat kepada persefahaman politik tempatan bersama PH.

#BeritaKS

@BeritaKS