BERSATU Tidak Arah ADUN Tarik Sokongan MB Perlis

Semasa
December 27, 2025

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan partinya tidak pernah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU di Perlis menandatangani Akuan Berkanun (SD) bagi menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis.

Menurut beliau, BERSATU akan terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada lima ADUN terbabit bagi memahami kedudukan sebenar isu tersebut.

Beliau menekankan Perikatan Nasional (PN) menghormati sepenuhnya kuasa budi bicara Raja Perlis serta menjunjung Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dalam proses pelantikan Menteri Besar.

“Perikatan Nasional juga menghormati kedudukan PAS sebagai parti yang memimpin PN Negeri Perlis,” kata beliau menerusi kenyataan.

Kenyataan dibuat susulan peletakan jawatan YB Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis, mencetuskan spekulasi mengenai penyerahan SD oleh beberapa ADUN.

Kredit foto: FMT, Utusan

#BeritaKS

@BeritaKS