Tiba Masa Najib Diberi Pengampunan Penuh

Lain-Lain, Semasa
December 23, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Pemimpin DAP, Ong Kian Ming menegaskan sudah tiba masa untuk berbincang serius berhubung pemberian pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu mengimbas kembali kenyataannya dua tahun lalu bahawa pengampunan penuh untuk Najib adalah ‘garisan merah’ bagi DAP.

“Lebih dua tahun berlalu, selepas pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) diberikan kepada timbalan perdana menteri Zahid Hamidi, saya kurang pasti lagi mengenai ‘garisan merah’ itu.

“Saya fikir sudah tiba masa, mungkin pada tahun baharu 2026, untuk kita memulakan perbincangan serius mengenai kemungkinan pengampunan penuh terhadap Najib,” katanya.

Jelasnya, pandangannya berkaitan pengampunan penuh untuk Najib dipengaruhi oleh cadangan ‘pengampunan menyeluruh’ yang dicadangkan Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin pada 2023.

Tambah beliau, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak pelaksanaan Titah Addendum adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dan wajar dihormati sebagai keputusan undang-undang.

#BeritaKS

@BeritaKS