
BANGKOK, 9 Dis – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menegaskan kerajaan akan mengambil segala langkah bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara susulan pertempuran maut di sempadan dengan Kemboja.
Anutin dalam kenyataan menekankan komitmen penuh Thailand terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan hak sah untuk mempertahankan diri.
“Thailand tidak pernah memulakan sebarang tindakan agresif. Mulai sekarang, tidak akan ada sebarang rundingan.
“Jika mahu pertempuran dihentikan, Kemboja mesti mengikut tindakan yang ditetapkan oleh Thailand,” katanya.
Terdahulu, Tentera Diraja Thailand melancarkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan pangkalan roket Kemboja, sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang didakwa dilakukan Kemboja ke atas pos tentera Thailand.
#BeritaKS