1MDB Masih Hutang Terbesar Kerajaan

Semasa
December 2, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Perdana Menteri mendedahkan beban hutang terbesar kerajaan kekal diwarisi daripada 1MDB, berjumlah RM50 bilion termasuk RM17 bilion faedah.

Tegas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah membayar RM42 bilion, merangkumi bayaran prinsipal dan faedah.

“Hutang terbesar kerajaan masih 1MDB yang kita warisi pada 2018. Jumlah RM34 bilion, dan jika dicampur RM17 bilion faedah, keseluruhannya hampir RM50 bilion.

“Kerajaan telah membayar RM42 bilion, meliputi prinsipal dan faedah. Namun, kita berjaya mendapatkan semula RM29 bilion hasil usaha Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” ujarnya.

#BeritaKS

@BeritaKS