Trump Selesa Dengan Mamdani, Kini Sepakat

Dunia
December 1, 2025

Fara Alisa

WASHINGTON, 22 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan beliau kini selasa dan tidak mempunyai masalah untuk tinggal di New York di bawah pentadbiran Datuk Bandar Zohran Mamdani.

Trump menyatakan kesediaannya membantu Mamdani dan memuji kemampuannya, satu pendirian yang jauh berbeza daripada kempen pilihan raya lalu di mana Trump mengancam menarik balik dana persekutuan sekiranya Mamdani menang.

Trump juga menafikan dakwaan terdahulu yang melabel Mamdani sebagai komunis dan berkata pandangannya telah berubah, kini mempunyai kesefahaman dalam banyak perkara disebalik perbezaan pandangan.

Ketika Mamdani ditanya semula mengenai kenyataannya yang melabel Trump sebagai ‘fasis’, Trump berseloroh bahawa Mamdani dibenarkan mengaku tanpa perlu memberi penjelasan panjang.

Pertemuan ini diadakan atas permintaan Mamdani yang kini menjadi tumpuan politik nasional selepas kemenangannya, menegaskan kesediaannya bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi memastikan kos hidup lebih mampu ditanggung rakyat.

#BeritaKS

@BeritaKS