
[BELANJAWAN 2027]
Program BAKAT MADANI dilancarkan menerusi komitmen enam GLIC, PETRONAS dan rangkaian GLC bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 anak muda. Bagi 2027, sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baharu disasarkan, termasuk melalui penyertaan syarikat swasta.
Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, kerajaan menawarkan potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program latihan BAKAT MADANI dari 29 Jun 2026 hingga 31 Disember 2030.