<0.5% Kemalangan Maut Berpunca Pemandu Mabuk

Semasa
December 1, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk mencatatkan kurang daripada 0.5% daripada keseluruhan kemalangan maut di seluruh negara sejak tahun 2022.

Melalui jawapan bertulis Loke di Parlimen, hanya 14 daripada 6,080 kes kemalangan maut (0.23%) direkodkan pada 2022, 13 kes (0.2%) pada 2023 dan 12 kes (0.19%) pada 2024.

Sehingga Jun 2025, hanya dua kes melibatkan pemandu mabuk dilaporkan daripada 3,087 kes yang direkodkan (0.06%).

Menurut Loke, kementeriannya bersama Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis akan terus memperkukuh kempen kesedaran serta advokasi di seluruh negara.

#BeritaKS

@BeritaKS